Friday, January 20, 2012

Petua Merawat Gaut (Gout)

Ini lagi satu petua yang nenek dapat dari arwah Imam Mazlan (seorang pengamal perubatan alternatif yang terkenal di Melaka, khusus mengubat pesakit lumpuh).  Petua ni untuk mengurangkan sakit gaut yang cucu alami.

Jika ada cucu-cucu yang tertanya, apa itu sakit gaut?  Alahai, surf la internet.  Ni nenek tunjukkan simptomnya:




Petua merawat sakit Gaut atau dalam bahasa orang kampung nenek, GOUT:


Ambil betik muda 1 biji dan diletakkan (salai) atas api dapor. Jangan belah betik tu. Bila betik itu panas, gelekkan di kaki/tempat yang sakit. Kat tumit tu pijak buah betik tu macam mesin refleksi.

Amalkan setiap hari hingga sakit gaut berkurangan. Lepas tu boleh buat seminggu 2 or 3 kali.

Selamat mencuba ya cu.

Wednesday, January 18, 2012

Petua Mencantikkan Payu Dara


Cucu nenek idamkan payu dara yang cantik? Tak tahu caranya?  Janganlah cucu gusar.  Disini nenek perturunkan petua Nenek Kebayan.  Cara untuk memilikinya mudah sahaja :-
1.    Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala bersiah dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
2.     Tumbuk 10 ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Apa lagi? Amalkan seminggu 2 atau 3 kali dan lihat hasilnya. 


Monday, January 16, 2012

How to do menu bar in blog?

Thanks to my friend who allow me to share this tutorial.


If you are new with blogspot and looking for the easiest way to have a simple menu bar in you blog, this is it. 

1st.
Go to "Design". Then click > Edit HTML.  You must click expand windget templates


2nd.
Look for: showaddelement=’no’.  
Don't know how to get that? Press control+F then type showaddelement=’no’ inside the box and press enter. You will find it. Once you find Showaddelement=’no change the 'no' to yes, like this  Showaddelement=’yes

After that MUST save.
3rd.
Go back to Dashboard Design > Page Elements > click Add Gadgets choose HTML/JavaScript....
Copy below code and paste it into the box HTML/JavaScript 
SAVE


<a href="http:// zyzabacky88.blogspot.com " class="navigation">HOME</a>
<a href="http://nenekkebayandotcom.blogspot.com/search/label/Lyrics " class="navigation">Your label</a>
<a href="http://nenekkebayandotcom.blogspot.com/search/label/Tips " class="navigation">Your label</a>
<a href="http://nenekkebayandotcom.blogspot.com/search/label/News " class="navigation">Your label</a>
<a href="http://nenekkebayan.blogspot.com/search/label/Health " class="navigation">Your label</a>



Then find a place to set it.  I put it under the header bar. 


Change URL address nenekkebayandotcom to your URL address. Same goes to "Your Label", change it to the menu that you want. The red colour: Lyrics, Tips, News & Health are example of Menu.  Change it to your desired menu.

Always remember to put your URL address for all the post that you do so that it will link to your post. If you're not sure, go to your blog post and click label at the end of your post. click that label. Update the link.  Example as below for my friend "News" label: 


If you still can't find it, just type it. 


You can put as many menu as you want. Just copy & paste only. 
4th.

To get colour effect, click Design > Edit HTML . MUSTclick expand windget templates
look for code   </b:skin> , use CTRL+F to find it.


Copy below code: 


a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}



place it exactly on top of the code   </b:skin>   


then MUST save.
After save, view your blog.  You have a menu bar in your blog.





Ensure you put your URL link after your Title, for every post that you have. 

Example: 
http://nenekkebayan.blogspot.com/search/label/Tutorials 

This is my URL "Tutorials" menu



Hope this tips help you.  Happy blogging.  :)

Sunday, January 15, 2012

15/1/2012

Cuaca panas petang ni.  Hari yang baik untuk minum petang.  Pukul 5 nanti nenek nak goreng cekodok udang geragau yang tebaek punya.  Buat roti bakar gak.  Pastu buat teh-o-ais, layan udara segar dan nyaman dari balkoni rumah nenek ni.

Oh ya, nenek sibuk dengan Nenek Kebayan Dot Com.  Jadi, sesiapa nak bantuan nenek untuk dapatkan petua itu dan ini, boleh le message kat nenek. Nanti nenek bantu.   Nenek sekadar beri penawar.  Kita berusaha, Allah yang tentukan.  Hanya Allah yang boleh jadikan sesuatu yang Dia kehendaki.  "Kun faya kun".

Asta lavista bebeh.

12/1/12

12/1/12. 


Nenek masih tak tdo walau dah pukul 2 pagi. Bukan insomnia tapi saje je nenek tak nak tdo awal. Sibuk layan roh model yang mati eksiden lalu dia masuk ke dalam jasad seorang lawyer. Ish ish ish.......

Saturday, January 14, 2012

Petua Melebatkan Rambut

Inginkan rambut yang lebat dan cantik?  Mudah saja cucuku.

Dapatkan sebiji kelapa parut. Perah santan menggunakan air yang suam.  Basahkan dahulu rambut cucu ya.  Kemudian, lumurkan santan pekat tadi kepada rambut hingga ke kulit kepala (akar rambut).  Bungkus rambut dengan tuala yang bersih dan kering.  Biarkan sejam.  Kemudian bilas dengan air suam.  Lakukan 3 kali seminggu.  Rambut cucu akan lebat dan cantik.

Petua Merawat Kencing Manis Yang Sudah Berkudis

Kalau kencing manis yang cucu hidapi dah melarat hingga berkudis, cuba gunakan petua yang nenek dapat dari arwah Imam Mazlan ni.

Rawatan untuk Kencing Manis yang dah berkudis

Kulit batang duku,
Kulit batang manggis,
Kulit batang jambu bol (jambu kulit warna maroon.yg mahal tu) 

Rebus kesemua ini dan minum air rebusannya setiap hari. Insya-allah boleh sembuh.



Jangan lupa jaga kesihatan diri semuga penyakit cucu tak menjadi lebh teruk ya.

Petua Merawat Kencing Manis Yang Belum Berkudis

Petua ni memang jadi amalan nenek dan selalu nenek beri pada yang bertanya.  Petua ini juga diberi oleh arwah Imam Mazlan, dari Melaka (yang terkenal kerana menolong ubatkan orang yang lumpuh)


Kencing Manis Yang Belum Berkudis


dapatkan air kelapa daripada 7 - 8 biji  kelapa dan segenggam kulit batang mata kucing

Masak kedua-dua bahan dan minum 3 x sehari. 



Insya-allah boleh sembuh.


Apa-apa pun, nenek nak nasihatkan cucu-cucu semua, kawal pemakanan dan bersenam selalu.  Jaga kesihatan diri ye.







Petua Atasi Gemuk

Untuk cucu-cucu yang berbadan agak gempal, jangan susah hati. Nenek ada petua untuk mengurangkan berat badan cucu tu.


Caranya mudah saja, cari sebiji pinang muda yang lembut,yang sudah dicuci bersih, belah dua dan rebus didalam periuk. Selepas mendidih agak lama, biarkan air rebusan menjadi suam. Minum pagi dan malam.


Cucu akan mudah membuang air dan lemak keluar bersamanya.


Jika diamalkan selalu cucu akan dapat mengawal kegemukan.  Tapi jangan la berharap nak kurus kerempeng macam model la pulak.  Nak kerempeng kena la bersenam cucu ooiii.


Setakat minum air pinang muda, badan tak bertambah gemuk tapi nak kurus kena usaha lebih.  Bak kata orang kampung nenek : "No pain No gain".  Gitu la gamaknyer.





Friday, January 13, 2012

Petua Membesarkan Alat Sulit Lelaki

Tak puas hati dengan saiz???? Kenapa?  Nak yang lebih dari yang sedia ada?


Nenek memang ada petua untuk ini.  


Ish Ish Ish.... cucu-cucu ni.  Pantang dengar aje pasal petua camni cepat aje nak klik ye.


Ni nenek nak bagi petua dan nasihat.  


Size does not matter but the techniques YES.  Tak guna la saiz begitu dan begini kalau tak tahu teknik mambahagiakan pasangan.  Jangan asyik nak syok sendiri. 


Berbincang dengan pasangan apa yang sama-sama suka supaya sama-sama bahagia.  Nenek nak ingatkan di sini, pasangan tu biar yang sah, jangan cari susah.


So, apa lagi? Berbincanglah dalam suasana yang romantis.


Semoga bahagia ye.



Kenali Wanita untuk bahagiakan diri dan pasangan

Kalau cucu nak bahagiakan diri dan pasangan, ada baiknya cucu selami dulu perwatakan wanita.  Semoga cucu boleh menjangka dan menangani permasalahan yang wujud dari salah faham kerana tidak mengerti perwatakan wanita.


Apa yang nenek kongsikan ini adalah secara asasnya sahaja. Maka ianya tidaklah boleh dianggap sebagai 100% benar terhadap diri atau pasangan anda.


UNSUR
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu


WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Melembabkan kulit wajah

Untuk cucu yang kulit muka terasa kering, kelihatan kering.  Di sini nenek ada petua yang mudah dan jimat.  






Dapatkan beberapa kelopak kobis, tumbuk sampai lumat. Campurkan kobis yang dah lumat dengan madu. Jadikan masker untuk muka cucu, biar sekurang-kurangnya setengah jam pada muka baru dibasuh dan bilas. Buat setiap hari selama seminggu, nanti cucu akan merasakan perbezaan pada kulit wajah.. Kulit cucu akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Memerahkan Bibir

Bibir nenek sejak dulu comel dan merah, walau dah lanjut usia masih lawa lagi bibir nenek ni.  Jangan jeles ye cu. Kalau cucu nak tahu petua mendapatkan bibir yang lembab dan merah mudah saja.  Tak mahal pun.


Sapukan madu pada bibir sebelum tidur setiap malam.  Hasilnya bibir akan kelihatan segar dan merah.