Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Petua Mencantikkan Payu Dara


Cucu nenek idamkan payu dara yang cantik? Tak tahu caranya?  Janganlah cucu gusar.  Disini nenek perturunkan petua Nenek Kebayan.  Cara untuk memilikinya mudah sahaja :-
1.    Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala bersiah dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
2.     Tumbuk 10 ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Apa lagi? Amalkan seminggu 2 atau 3 kali dan lihat hasilnya. 


Saturday, January 14, 2012

Petua Melebatkan Rambut

Inginkan rambut yang lebat dan cantik?  Mudah saja cucuku.

Dapatkan sebiji kelapa parut. Perah santan menggunakan air yang suam.  Basahkan dahulu rambut cucu ya.  Kemudian, lumurkan santan pekat tadi kepada rambut hingga ke kulit kepala (akar rambut).  Bungkus rambut dengan tuala yang bersih dan kering.  Biarkan sejam.  Kemudian bilas dengan air suam.  Lakukan 3 kali seminggu.  Rambut cucu akan lebat dan cantik.

Petua Atasi Gemuk

Untuk cucu-cucu yang berbadan agak gempal, jangan susah hati. Nenek ada petua untuk mengurangkan berat badan cucu tu.


Caranya mudah saja, cari sebiji pinang muda yang lembut,yang sudah dicuci bersih, belah dua dan rebus didalam periuk. Selepas mendidih agak lama, biarkan air rebusan menjadi suam. Minum pagi dan malam.


Cucu akan mudah membuang air dan lemak keluar bersamanya.


Jika diamalkan selalu cucu akan dapat mengawal kegemukan.  Tapi jangan la berharap nak kurus kerempeng macam model la pulak.  Nak kerempeng kena la bersenam cucu ooiii.


Setakat minum air pinang muda, badan tak bertambah gemuk tapi nak kurus kena usaha lebih.  Bak kata orang kampung nenek : "No pain No gain".  Gitu la gamaknyer.





Friday, January 13, 2012

Melembabkan kulit wajah

Untuk cucu yang kulit muka terasa kering, kelihatan kering.  Di sini nenek ada petua yang mudah dan jimat.  






Dapatkan beberapa kelopak kobis, tumbuk sampai lumat. Campurkan kobis yang dah lumat dengan madu. Jadikan masker untuk muka cucu, biar sekurang-kurangnya setengah jam pada muka baru dibasuh dan bilas. Buat setiap hari selama seminggu, nanti cucu akan merasakan perbezaan pada kulit wajah.. Kulit cucu akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Memerahkan Bibir

Bibir nenek sejak dulu comel dan merah, walau dah lanjut usia masih lawa lagi bibir nenek ni.  Jangan jeles ye cu. Kalau cucu nak tahu petua mendapatkan bibir yang lembab dan merah mudah saja.  Tak mahal pun.


Sapukan madu pada bibir sebelum tidur setiap malam.  Hasilnya bibir akan kelihatan segar dan merah.